Liga Super Malaysia Berita

Pemain PJ City ini kini menghidap kanser tulang peringkat ke-4

PFAM hari ini mendedahkan pemain PJ City, B Tinagaran kini tidak dapat meneruskan kariernya apabila didapati menghidap kanser tulang peringkat keempat.

Kanser tersebut yang dikenali sebagai Ewing Sarcoma PNET Femer Bone.

Tina sedang menjalani proses kimoterapi keempat di Penang Adventist Hospital dan telah membelanjakan kos rawatan mencecah RM 100,000.

Menurut PFAM lagi, kos bagi pembedahan selepas rawatan kimoterapi keempat mencecah RM80,000 dan baki lapan rawatan kimoterapi berjumlah RM107,000.

Presiden PFAM Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail mengambil kesempatan untuk melawat pemain berusia 28 tahun itu.

Safee turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tina.

Selain itu, S.Kunanlan dan D. Saarvindran turut memberi sumbangan sebanyak RM25,000 kepada Tina.

“Semoga dengan usaha ini saudara Tinagaran kembali aktif bermain bola sepak dan menjalani kehidupan seperti biasa.”

Mereka yang berminat untuk memberi sumbangan boleh berbuat demikian menerusi kutipan derma melalui nombor akaun RHB 26403000007880.