Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Gol minit akhir Brendan Gan bantu Selangor catat kemenangan pertama

Pemain tengah baharu, Brendan Gan menunjukkan mengapa beliau adalah pemain yang berharga untuk Selangor apabila menjaringkan gol di minit-minit terakhir perlawanan untuk menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pahang mendahului menerusi jaringan pemain baharu Ivan Carlos pada minit 20.

Namun Selangor hanya mengambil masa tujuh minit untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ifedayo Olusegun hasil hantaran cantik daripada Brendan Gan.

Kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk menjaringkan gol sehingalah Brendan membuat kejutan apabila dia merembat masuk gol pada minit ke-89, sekaligus membantu Selangor meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim 2020.

Dalam pada itu, Melaka United mudah menewaskan pasukan universiti, UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM FC.

Melaka mendahului menerusi pemain import baharu Sony Norde pada minit ke-28.

Romel Morales menggandakan jaringan pada minit ke-90.