Peminat Johor Darul Ta’zim kini boleh berbangga mereka mempunyai stadium bolasepak sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim.
Dianggarkan seramai 20,000 peminat hadir pada malam ini bagi menyaksikan acara perasmian yang penuh gilang-gemilang.
Sultan Ibrahim memberikan ucapan ringkas apabila baginda terus merasmikan stadium baharu JDT.
Majlis diserikan dengan warna-warni lampu LED dan percikan api serta bunga api di seluruh stadium, menandakan stadium sudah sedia untuk beraksi bagi musim ini.
Acara turut diwarnai dengan kehadiran penyanyi yang dibawakan khas dari United Kingdom iaitu Leona Lewis.
Tidak dilupakan penyanyi tempatan Ayai Ilusi dan Akim yang turut menyerikan perasmian stadium.
Namun persembahan yang paling bertenaga adalah Boys of Straits yang beraksi dari mula perasmian sehinggalah ke hujung majlis.
JDT akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim apabila turun menentang Kedah dalam Piala Sumbangsih pada 28 Februari.