Liga Super Malaysia Berita

Pahang: Dollah Salleh tidak kisah guna pemain Piala Presiden

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh terpaksa bergantung kepada bakat pemain dari skuad Piala Presiden bagi saingan musim 2020.

Pun begitu, beliau tidak terlalu bimbang walaupun kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Zubir Azmi dan Norshahrul Idlan Talaha.

Sebaliknya pemain tersebut akan digantikan oleh Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Muhammad Nur Izzat Che Awang dan Hasnul Zaim.

“Kami akan menyenaraikan pemain skuad Piala Presiden yang rata-rata di bawah usia 23 tahun supaya mereka selesa dengan pasukan utama,” katanya kepada MFL.

“Setakat ini, mereka sudah mula serasi dengan pemain senior.”