Liga Premier Malaysia Berita

Piya: Saya masih belum mahu bersara

Bekas kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menafikan spekulasi bahawa beliau telahpun bersara daripada bolasepak profesional, selepas tidak kelihatan ketika majlis tandatangan pemain Kelantan United.

Sebaliknya, pemain berusia 37 tahun itu yakin beliau masih berupaya untuk beraksi dengan baik dan meneruskan karier bolasepaknya.

“Memang saya masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, tapi Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan berjumpa jurulatih dan pengurusan pasukan,” katanya kepada BH Sukan.

“Saya masih ada kudrat untuk bermain dan saya juga masih mahu bermain. Jadi berita itu tidak benar sama sekali.”

Piya membantu Kelantan United muncul juara Liga M3 buat pertama kali dalam sejarah, sekaligus layak bersaing di Liga Premier.