Johor Darul Takzim mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam pra-musim apabila menundukkan kelab Slovakia, MSK Zilina 2-1 di Dubai.
Juara bertahan Liga Super itu mendahului seawal minit ke-2 menerusi Gonzalo Cabrera.
Cabrera menambah gol kedua JDT pada minit ke-19.
INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 29 JANUARY 2020
Full Time
MSK Zilina (SVK) [1-2] JDT
(Vahan Bichakhchyan 39')
(Gonzalo Cabrera 2', 19')More photos at https://t.co/fpDkhySzKD#JDTinDubai#Preseason2020#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/wHbsn6bwCW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 29, 2020
Zilina berjaya mengurangkan jurang menerusi Vahan Bichakhchyan pada minit ke-39.
Namun, kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang jaringan pada separuh masa kedua dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
JDT akan turun dalam perlawanan terakhir menentang kelab UAE, Emirates FC hari ini.