Luar Negara Berita

Lukas Podolski sertai Antalyaspor

Penyerang prolifik Lukas Podolski akhirnya membuat keputusan untuk menyertai kelab Turki, Antalyaspor.

Pemain berusia 34 tahun itu baru sahaja memenangi Piala Maharaja Jepun bersama Vissel Kobe pada awal bulan Januari.

Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk juara bertahan Liga Super, JDT.

 

TMJ sebelum ini mendedahkan Lukas Podolski berminat untuk menyertai JDT, namun pasukan dari Selatan Malaysia itu sudah pun memiliki lima pemain import.

Luar biasanya, Podolski sanggup menyertai Antalyaspor walaupun kelab itu berada di tempat ketiga terakhir selepas 18 perlawanan.