Liga Super Malaysia Berita

JDT raih kemenangan pertama di Dubai

Selepas tewas kepada Riga FC, JDT bangkit dengan semangat baharu apabila menundukkan kelab UAE, Dibba Al-Fujairah dengan jaringan 1-0.

Diogo Luis Santo menjaringkan satu-satunya gol kemenangan seawal minit ke 4.

JDT cuba menambah lebih banyak gol, namun terpaksa berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga tamat perlawanan.

INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 23 JANUARY 2020Dibba Al-Fujairah Club (UAE) [0-1] JDT (Diogo Luís Santo 4')#JDTinDubai#Preseason2020#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, 23 January 2020

Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi pemain JDT, apatah lagi dapat menewaskan kelab UAE yang dianggap mempunyai barisan pemain yang berkualiti yang tinggi.