Bekas jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim akhirnya membuat keputusan untuk terus melatih pasukan lamanya yang kini bernama Perak II.
Beliau sudah menjadi jurulatih selama 15 tahun di Perak, 11 tahun ketika bersama pasukan utama dan empat tahun di PKNP.
Kini tugas beliau bukan lagi untuk bersaing di Liga Super, sebaliknya mengasah pemain muda untuk dibawa ke pasukan utama Perak.
“Saya tidak sabar untuk saingan musim depan. Ia akan jadi berbeza kali ini sebab tugas saya adalah membantu pasukan Perak.
“Jadi saya perlu pastikan para pemain bersedia untuk Liga Super. Mereka sepatutnya bermain dengan cita-cita untuk menembusi pasukan utama.
“Mehmet Durakovic juga sudah bersedia untuk bekerjasama. Beliau seorang yang melihat dengan teliti kelebihan setiap pemain jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk mencapai standard beliau. Sebagai jurulatih, kami akan bantu- membantu antara satu sama lain.
Perak II dalam proses mengumpul pemain berbakat dari Piala Presiden dan pemain PKNP untuk saingan musim depan.
“Setakat ini Khairul Asyraf Sahizah dan Ahmad Sukri Abdul Hamid dari PKNP akan menyertai kita musim depan,” katanya kepada The Star.
“Hamizul Izaidi juga akan sertai dari Perak, namun pasukan rata-rata akan dibarisi pemain bawah 21 tahun.
Perak II menyertai Selangor II, JDTII dan Terengganu II sebagai salah satu pasukan feeder di Liga Perdana.