Kolum Eropah

Ljungberg ulas mengenai Ozil

Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg mengulas lanjut mengenai tindakan pemain tengah, Mesut Ozil yang kelihatan kecewa setelah dikeluarkan pada minit ke-59 dan digantikan dengan pemain muda berbakat, Emile Smith Rowe.

‘Pertama sekali mengenai insiden di China itu adalah isu yang berkaitan dengan politik, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada pasukan. Saya pasti akan ada kenyataan rasmi atau telah dikeluarkan kenyataan rasmi’, katanya menjawab pertanyaan berkaitan tindakan Ozil yang menendang sarung tangan di tepi padang selepas dikeluarkan.

Ljungberg turut mengakui bekas pemain antarabangsa Jerman itu patut berasa marah selepas dikeluarkan. Tetapi sebagai pengendali pasukan, Ljungberg lebih mementingkan tenaga dalam pasukan.

‘Kami adalah pasukan yang mahukan penguasaan bola. Tetapi kadangkala kami perlukan bentesan dan kembali merampas bola. Malah, Emile Smith Rowe melaksanakan tugas dengan baik ketika aksi di Belgium tempoh hari. Jadi saya mengambil keputusan untuk memberikan dia peluang pada perlawanan ini’, tegasnya lagi.

Terdahulu, Arsenal tewas 3-0 keatas Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Kekalahan kelima The Gunners meletakkan mereka di tangga kesembilan liga dengan 22 mata.