Eropah Berita

Sentuhan Abraham kembali

Chelsea kembali mendapat rentak kemenangan selepas menewaskan Aston Villa 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Aksi cemerlang penyerang utama Chelsea, Tammy Abraham yang pernah dipinjamkan ke Villa pada musim lepas seharusnya diberi pujian.

Chelsea FC Official Twitter

Abraham yang diturunkan setelah pulih sepenuhnya menyumbat satu gol dan menghasilkan satu bantuan gol untuk membantu The Blues memperoleh tiga mata penuh. Gol cantik yang dijaringkan pemain tengah, Mason Mount sekaligus memadam gol penyamaan pasukan pelawat yang dijaringkan oleh Mahmoud Hassan pada hujung babak pertama.

Pengendali utama Chelsea, Frank Lampard menegaskan barisan serangan seharusnya lebih tajam dihadapan gol. Namun, beliau memuji persembahan anak buahnya terutama sekali Tammy Abraham yang mempamerkan watak yang cemerlang diatas padang dan di dalam bilik persalinan.

Lampard turut mempertahankan prestasi pemain tengah muda berbakat, Mason Mount yang dikritik kerana gagal konsisten dalam menjaringkan gol. ‘Aksinya (Mount) tidak seharusnya dinilai sekadar pada jaringan gol’, katanya lagi.

‘Saya gembira tetapi saya mahukan lebih lagi’, tegasnya lagi.