Kolum Eropah

Pemain tumpuan FPL minggu ini

Liga Perdana Inggeris akan terus mewarnai hujung minggu peminat bola sepak dunia dengan jadual perlawanan yang ke-14 pada minggu ini. Jika dilihat pada senarai perlawanan, tiada perlawanan besar yang akan terlibat bagi minggu ini.

Namun begitu, terdapat beberapa perlawanan yang penting untuk disaksikan bagi menentukan nasib pengendali pasukan masing-masing. Antara perlawanan yang mencuri tumpuan ialah pertembungan diantara pendatang baru, Norwich City menentang pasukan yang menunjukkan prestasi merudum sejak dua menjak ini, Arsenal.

Satu lagi pasukan pendatang baru, Aston Villa akan bertandang ke Stadium Old Trafford untuk bertemu Manchester United yang turut mempamerkan prestasi terumbang-ambing dibawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer. The Red Devils yang diikat Sheffield United pada minggu lalu pasti mahu bangkit pada perlawanan ini. 

Pendahulu liga, Liverpool bakal melayan kunjungan Brighton & Hove Albion manakala pencabar liga yang terdekat, Leicester City akan menjadi tuan rumah kepada Everton. Beberapa pemain daripada pasukan Liverpool dan Leicester City telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan sejak beberapa minggu ini. 

Tottenham Hotspur yang menerima sentuhan ketua jurulatih baru, Jose Mourinho dijangka akan meneruskan kecemerlangan apabila dijadualkan untuk bertemu Bournemouth di gelanggang sendiri.

 

Tiga pemain tumpuan FPL pada minggu ini adalah seperti berikut:

 

1.Jamie Vardy (Leicester City)

(Photo by Plumb Images/Leicester City FC via Getty Images)

Bekas penyerang antarabangsa England ini menunjukkan konsistensi dalam lima perlawanan sebelum ini dengan menyumbangkan mata yang banyak kepada pengurus pasukan FPL. Berdasarkan rekod, Vardy menjaringkan satu gol secara purata dalam lima perlawanan sebelum ini. Selain itu, Vardy turut memungut mata melalui bantuan gol seperti yang dilakukan pada aksi menentang Brighton & Hove Albion minggu lalu.

 

2.Sadio Mane (Liverpool)

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane menjadi watak penting buat Liverpool dalam empat perlawanan sebelum ini. Mane menjaringkan gol dalam tiga perlawanan sebelum ini dan sentiasa menjadi pilihan berbanding rakan sepasukan, Mohamed Salah dalam FPL. Mane mempunyai persamaan seperti Vardy kerana begitu berbahaya di hadapan gol dan berpotensi menyumbangkan mata melalui bantuan gol. Rekod musim ini menunjukkan Mane telah mencipta empat bantuan gol buat The Reds.

 

3.Heung Min Son (Tottenham Hotspur)

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Sentuhan pengendali baru dari Portugal, Jose Mourinho begitu memberi impak kepada persembahan ketua pasukan antarabangsa Korea Selatan, Heung Min Son. Pada perlawanan hujung minggu lalu, Son menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol sekaligus memungut 13 mata secara keseluruhan bag perlawanan minggu ke-13. Pemain ini dijangka akan meneruskan persembahan cemerlang pada minggu ini apabila Spurs bertemu Bournemouth di hadapan penonton sendiri.