Kolum Eropah

Pesanan Son buat penyokong

Penyerang berbisa Korea Selatan, Heung Min Son menzahirkan rasa terima kasih kepada para penyokong Tottenham Hotspur yang setia bersama pasukan.

Seperti yang sedia maklum, persembahan Spurs merudum teruk sejak kebelakangan ini. Tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan begitu memberi kesan kepada penyokong mereka. 

Akhirnya, Spurs kembali bernyawa selepas memperoleh kemenangan besar 5-0 keatas Red Star Belgrade. Son turut beraksi dengan cemerlang dan menyumbang dua gol pada perlawanan tersebut.

Disaat pasukan mengalami masalah daripada segi persembahan, penyokong tetap setia bersama. Ini juga menjadi pendorong buat Son untuk terus menghadiahkan kemenangan buat Spurs. ‘Ia merupakan satu perasaan yang menggembirakan apabila dapat meraikan gol bersama mereka’, tambahnya lagi.

Mampukah Son membantu Spurs untuk membenam Liverpool pada kunjungan ke Anfield awal pagi isnin ini?