Luar Negara Berita

Sanggup tewas demi rakan sepasukan

Salah satu pasukan bolasepak di Romania sanggup melepaskan perlawanan penting untuk hadir ke majlis perkahwinan rakan sepasukan mereka, lapor Marca.

Poiana Mare, pasukan yang bermain di divisyen empat liga bolasepak Romania, dijadualkan bertemu CS Carcea tetapi memilih untuk mengabaikan perlawanan tersebut selepas memilih untuk hadir ke majlis perkahwinan Deliu Ionut, salah seorang rakan sepasukan.

Mare meminta supaya perlawanan itu ditangguhkan tetapi ditolak oleh badan induk bola sepak dan mereka tewas 0-3 secara automatik.

Kenyataan di keluarkan di laman Facebook rasmi mereka, ; “Hari ini adalah hari penting bagi rakan sekerja dan rakan kami Deliu Ionuţ dan pilihan hatinya Diana, mereka memilih menandatangani kontrak kehidupan dan berkahwin!”