Luar Negara Berita

Mesej Pogba menentang perkauman

Paul Pogba telah membuat kenyataan rasmi di media sosial berikutan diskriminasi kaum yang dialami oleh beliau sendiri beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemain Perancis itu adalah sasaran komen berbaur perkauman di Twitter selepas dia terlepas untuk menjaringkan penalti ketika United turun menentang Wolves pada Isnin lalu.

“Nenek moyang saya dan ibu bapa saya menderita untuk  membebaskan generasi saya hari ini – untuk mendapat hak bekerja, menaiki bas dan bermain bola sepak,” tulisnya di Twitter.

“Penghinaan berbaur pekauman adalah kejahilan dan hanya akan membuatkan saya lebih kuat dan bermotivasi untuk terus berjuang bagi generasi akan datang.”

Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, adalah antara beberapa pemain bola sepak yang menyeru tindakan keras diambil terhadap mereka yang memberi komen berbaur perkauman ; “Paul adalah watak yang kuat – ia menjadikannya lebih kuat.

“Kita perlu melakukan sesuatu mengenainya dan pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu.

“Media sosial adalah tempat di mana Harry [Maguire] berkata orang bersembunyi di belakang identiti palsu – ia tidak menjadi tanggungjawab saya untuk mengubahnya.

“Apabila terdapat ancaman [tentang] kematian dan perkauman yang serius, apa yang boleh kita lakukan, kita tidak akan mengharamkan pemain kita di media sosial, kita perlu menyebarkan kata-kata yang baik. , tetapi kita perlu menghentikan kejadian itu pastinya.” katanya.