Piala Malaysia Berita

Piala Malaysia 2019 : Tiga perlawanan tumpuan

Saingan Piala Malaysia 2019 bakal diteruskan lagi minggu ini dengan 12 pasukan bakal berentap sesama sendiri pada perlawanan keempat daripada enam perlawanan peringkat kumpulan.

Empat lagi pasukan iaitu Kedah dan PKNS FC masing-masing sudah turun beraksi dengan kemenangan berpihak kepada Kedah manakala PDRM menentang Selangor terikat dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Berikut adalah tiga perlawanan tumpuan hari ini.

1. Pulau Pinang vs Perak (Stadium Bandaraya Penang)

Pulau Pinang bakal turun menyambut pasukan Perak pada aksi minggu ini.

Dengan kedua-dua pasukan bakal berentap dengan misi untuk mencari tiga mata penuh. Masing-masing terikat dengan mata yang sama dalam aksi Kumpulan C.

Kelebihan semestinya buat Pulau Pinang apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Manakala pasukan Perak pula dilihat bakal menggunakan kekecewaan dalam dua perlawanan yang lalu – tewas dengan pahang dan seri dengan Pulau Pinang – untuk mengutip tiga mata penuh bagi bersaing dengan Pahang yang berada di tangga teratas Kumpulan C.

2. Negeri Sembilan vs Terengganu (Stadium Tunku Abdul Rahman)

Misi sukar untuk Negeri Sembilan apabila tewas tiga perlawanan awal peringkat Kumpulan A.

Perlawanan menentang Terengganu bakal menjadi misi penting buat skuad Negeri Sembilan bagi menghidupkan peluang mereka layak ke peringkat seterusnya.

Manakala bagi pasukan Terengganu, mereka semestinya mahu meneruskan rekod bersih setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing dan mendapat mata maksimum pada pusingan pertama peringkat Kumpulan A.

3. Uitm vs PJ City (Stadium UiTM)

Uitm masih gagal mencatat sebarang kemenangan pada pusingan pertama peringkat Kumpulan B dan bakal turun dengan misi membalas dendam ke atas PJ City.

Kekalahan di tangan PJ City minggu lalu semestinya merencatkan misi skuad UiTM untuk mengutip tiga mata penuh bagi memberi saingan dalam peringkat kumpulan.

Bagi PJ City pula, mereka perlu meneruskan rentak kemenangan jika mahu mengikut rapat juara enam kali Liga Super, JDT yang selesa berada di tangga ke dua peringkat kumpulan.