Piala Malaysia Berita

Pahang tak boleh berpuas hati

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang jelas tidak mahu para pemain berasa terlalu selesa selepas memungut sembilan mata dalam tiga perlawanan terakhir Piala Malaysia.

Bagi beliau, tiga kemenangan yang dicatat sebelum ini bukanlah tiket kepada pemain untuk berasa sudah layak ke peringkat seterusnya.

Justeru beliau meminta agar para pemain mengekalkan prestasi mereka dalam saingan Piala Malaysia bagi menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan terbaik.

“Kami berpuas hati kerana misi merekodkan kemenangan pada setiap perlawanan setakat ini menjadi kenyataan,” katanya kepada BH Sukan.