
Kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 bakal dihangatkan lagi oleh Maybank Visa Debit Kad yang menawarkan dua keping tiket VIP kepada para pelanggan yang bertuah.
Ini merupakan salah satu cara Maybank menghargai para pelanggan yang setia dan percaya dengan Maybank.
Kempen yang akan berlangsung dari 22 Julai 2019 sehingga 15 Oktober 2019 bakal memberi peluang kepada para pemenang untuk merasai sendiri kemeriahan Piala Malaysia dengan pengalaman yang menakjubkan.
Peluang ini juga membuka pengalaman baharu kepada para pemenang bagi merasai sendiri Piala Malaysia secara lebih dekat dengan pas VIP.
Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Maybank bekerjasama bersama Malaysia Football League (MFL) bagi memeriahkan lagi suasana bola sepak Malaysia.
Pada kejohanan Piala FA 2019 yang menemukan Perak dengan Kedah pada 27 Julai lalu, seramai 10 orang pemenang telah terpilih untuk merasai pengalaman sebagai VIP. Mereka telah dibawa ke kawasan di sekitar stadium yang jarang dibuka untuk orang ramai.
Tambahan daripada itu, mereka juga merasai sendiri pengalaman menyambut ketibaan pemain, berada di kawasan padang serta bilik persalinan pemain.
Manakala lapan hari sebelum itu, Maybank sekali lagi memberi peluang kepada para pelanggan untuk menikmati pengalaman bola sepak di belakang tabir pada perlawanan Liga Super pusingan LS22 antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC.
Mereka turut berpeluang menyaksikan perlawanan penuh dengan aksi dramatik yang berkesudahan 3-3 dari tempat duduk VIP serta upacara penyerahan trofi kejuaraan Liga Super kepada juara musim ini, JDT.
Kempen yang bakal berlangsung selama empat bulan ini hanya boleh disertai oleh pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu Maybank Visa Debit Kad.
Maybank bakal memilih lima pemenang bertuah dengan hadiah utama merupakan 2 keping tiket VIP bagi menyaksikan Piala Malaysia 2019, manakala 50 pemenang lagi bakal dipilih dengan hadiahnya adalah dua keping tiket tempat duduk biasa pada pentas akhir Piala Malaysia nanti.
Untuk maklumat lanjut, sila tekan di sini.