Skuad negara bawah 15 tahun (B-15) bakal membuat perhitungan terakhir bertemu Thailand B-15 pada perlawanan akhir Piala AFF Bawah 15 tahun, hari ini.
Bagi pengendali skuad B-15 tahun negara, P Maniam yakin dengan kemampuan anak buahnya dalam menghadapi cabaran menentang pasukan tuan rumah, Thailand.
Biarpun telah mencatat rekod baik sepanjang kejohanan ini apabila menewaskan beberapa negara besar, P Maniam enggan memberi tekanan kepada pemainnya tetapi percaya sokongan motivasi mampu untuk melonjakkan semangat pemain beliau.
“Pemain saya semua bermain dengan baik dan sentiasa komited dalam setiap perlawanan. Mereka juga mempamerkan displin yang baik di dalam padang terutamnya dari sudut bertahan dan menyerang”
“Kita tidak boleh meletakan tekanan kepada pemain kerana ini lebih kepada pembangunan. Apa yang perlu di lakukan adalah untuk sentiasa memberikan mereka motivasi dan semangat untuk sentiasa mempamerkan prestasi yang terbaik samaada secara individu mahupun secara berkumpulan.” Katanya.