Jendela perpindahan musim panas untuk Liga Perdana Inggeris akhir ditutup semalam dengan beberapa pemindahan mengejut dari kelab-kelab Liga Perdana.
Secara umumnya, Liga Perdana telah melengkapkan 114 pemindahan pemain dan sebanyak £ 1.4 bilion telah dikeluarkan untuk menguatkan pasukan masing-masing.
Tetapi berapa banyakkah yang dibelanjakan oleh pasukan anda?
Manchester United menjadi pasukan di tangga teratas dengan nilai perbelanjaan sebanyak £148 juta selepas berjaya mendapatkan tiga pemain – Aaron Wan-Bissaka (£50 juta dari Crystal Palace), Daniel James (£18 juta dari Swansea) dan pertahanan termahal dunia Harry Maguire (£80 juta dari Leicester)
Apa yang lebih menakjubkan adalah Aston Villa berada di tangga kedua dan hampir menyamai rekod perbelanjaan United apabila menghabiskan hampir £144.5 juta bagi mendapatkan 12 orang pemain baharu. Di dalam 12 pemain baharu tersebut, terdapat empat yang dilihat mampu menyinar dan mereka adalah Tyrone Mings (£26.5 juta), Wesley (£22 juta), Matt Targett (£17 juta) and Douglas Luiz (£15 juta)
Arsenal menduduki tempat ketiga dengan merekodkan sebanyak £138 juta nilai perbelanjaan pada musim ini. Mereka berjaya mendapat Pepe, William Saliba, Kieran Tierney (£25 juta), David Luiz (£8 juta), Gabriel Martinelli (£6 juta) dan pemain pinjaman Dani Ceballos.
Manakala juara Liga Perdana musim lalu, Manchester City menghabiskan £134.8 juta bagi mendapatkan empat pemain baharu – pemain tengah Rodri (£62.5 juta), pertahanan tengah (£60 juta), Zackary Steffen (£7 juta) dan Angelino Jose Angel (£5.3 juta).
Bagi pasukan kendalian Marco Silva, perbelanjaan pasukan Everton mencapai £118.5 juta selepas mendapatkan Alex Iwobi di saat akhir jendela perpindahan semalam. Tambahan daripada itu, mereka berjaya mendapatkan Moise Kean dari Juventus (£27.5 juta), Jean-Phillippe Gbamin (£25 juta), Andre Gomes (£22 juta) and Fabian Delph (£9 juta).
Tottenham Hotspurs adalah kelab terakhir yang melepasi nilai perbelanjaan sebanyak £100 juta dengan membawa masuk Ryan Sessegnon pada saat akhir jendela perpindahan di buka. Sebelum ini mereka telah berbelanja untuk mendapatkan Ndombele dan pemain muda Jack Clarke (£8.5 juta)