Luar Negara Berita

Video – Zidane larang letak beban kepada Kubo

Zinedine Zidane telah menegaskan bahawa Real Madrid perlu ‘bersabar’ dengan bintang muda mereka, Takefusa Kubo.

Ini selepas bintang kelahiran Jepun telah berjaya menangkap mata ramai pemerhati bola sepak dan telah mengagumkan staf kejurulatihan Los Blancos pada aksi pra-musim.

Pemain antarabangsa Jepun ini dikatakan telah menarik minat pengarah sukan ‘kelab terbesar di Eropah’, termasuk Barcelona, ​​Paris Saint-Germain dan Manchester City.

“Ada banyak pemain yang telah datang bersama kami dari sistem pemain muda,” jelas Zidane, seperti yang dipetik di Espana.net.

“Kubo telah menyertai kami baru-baru ini dan dia adalah pemain untuk masa depan, tetapi kami akan membincangkan tentang apa yang terbaik untuknya dan ianya lebih baik jika beliau berlatih bersama kami dan bermain untuk Castilla.

“Dia masih muda dan kita mesti bersabar dengan perkembangannya.”

Bermain di posisi tengah, Kubo telah menghabiskan masa empat tahun di akademi La Masia, Barcelona sebelum meninggalkan kelab itu pada tahun 2015 selepas Barcelona didapati bersalah mendapatkan khidmat pemain bawah umur secara tidak sah.

Kubo yang sering dipanggil sebagai ‘Messi Jepun’ kemudian membuat perpindahan ke FC Tokyo, Kubo berjaya menjaringkan enam gol dalam 30 penampilan untuk FC Tokyo.

Beliau seterusnya kembali ke Sepanyol dengan menyertai Los Blancos.