Kolum

Shopee Final Piala FA : Lima individu dengan fakta yang menarik (Perak)

Pertemuan Kedah dan Perak bakal menjadi detik bersejarah buat Piala FA apabila bakal memasuki edisi ke-30 dengan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi saksi pertemuan kedua-dua pasukan hari ini.

Perak semestinya mahu membalas dendam kepada Kedah yang menafikan Piala Malaysia 2007 milik The Bos Gaurus apabila dikalahkan dengan jaringan besar 3-0.

Itu hanya beberapa fakta mengenai pasukan Perak, jadi kami bawakan lagi lima individu menarik dengan latar belakang yang menarik :

1. Mehmed Durakovic

Jurulatih kelahiran Australia mempunyai sejarah yang manis di Malaysia apabila berjaya memenangi Piala FA sebagai pemain ketika mewakili Selangor pada tahun 1997 dan sedang dalam misi mencipta rekod baharu dengan berjaya memenanginya sebagai jurulatih.

Rekod yang sama ketika beliau memenangi Piala Malaysia sebagai jurulatih dan pemain.

2. Shahrul Saad

Pertahanan Harimau Malaya ini merupakan adik kepada bekas pemain Perak, Syamsul Saad yang telah berjaya membawa Perak ke pentas akhir Piala FA pada tahun 2002, 2004 dan 2005.

3. Hamsani Ahmad

Leganda dan juga jurulatih penjaga gol pasukan Perak juga adalah sebahagian daripada pemain yang berjaya membawa Perak ke pentas akhir 2002, 2004 dan 2005.

4. Leandro dos Santos

Kejohanan akhir kali ini bakal menjadi pentas kedua pemain kelahiran Brazil ini membuat pertemuan dengan Kedah dalam aksi final. Sebelum ini beliau pernah mewakili Selangor di pentas akhir Piala Malaysia 2015.

5. Brendan Gan

Ini juga bakal menjadi medan pertama buat Brendan Gan setelah gagal membuat penampilan final Piala FA ketika mewakili Kelantan pada tahun 2015 disebabkan kecederaan panjang.