Luar Negara Berita

Video : Luca, Theo, Elyaz dan Zidane

Salah satu daripada empat anak lelaki Zinedine Zidane, Enzo Fernandez kini cuba untuk membina namanya sendiri dengan mencari kelab baru.

Ditandatangani oleh kelab dari Switzerland, FC Lausanne-Sport dari Alaves pada Januari 2018, Enzo menghabiskan musim pinjaman dengan CF Rayo Majadahonda.

Tiga lagi anak lelaki Zidane – Luca, Theo dan Elyaz – kini bermain untuk Real Madrid di pelbagai peringkat.

Mereka akan mempunyai masa yang sukar untuk memasyurkan kembali nama Zidane, di mana Zinedine dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak terbaik dunia.

Manakala bagi Luca Zidane, dia menyertai akademi Real Madrid pada usia enam tahun pada 2004 dan bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan simpanan.

Luca membuat debut awalnya ketika perlawanan terakhir liga musim 2017/18 menentang Villareal pada 19 Mei 2018.

Penjaga gol muda ini juga menjadi penjaga gol ketiga Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara yang menyaksikan Real Madrid memenangi kejohanan tersebut buat kali ketiga.

Tidak mahu menunggu peluang datang, beliau akhirnya membuat perpindahan keluar secara pinjaman ke Racing Santander sepanjang musim 2019/20.

Kedua-dua mereka mempunyai sedang mencipta nasib mereka sendiri dan tidak mahu hidup dengan ihsan Zidane di Real Madrid.

Tetapi ianya sedikit berbeza buat Theo Zidane, anak bongsu jurulatih Real Madrid.

Beliau yakin tiada tekanan yang dihadapi sepanjang mereka bertiga menjadi anak pemain bola sepak terbaik dunia.

“Sejujurnya, saya tidak banyak mendengar apa yang mereka katakan mengenai nama saya.

“Saya rasa ada yang cuba membandingkan saya dengan bapa saya, tetapi itu sebahagian daripada permainan.

“Apabila saya bermain, saya adalah Theo sebelum Zidane, saya mahu dikenali seperti itu,” katanya.

Theo bermain untuk Real Madrid bawah 18 tahun sebagai pemain tengah menyerang.