Luar Negara Berita

31 tahun yang lalu, terciptanya jaringan volley paling hebat dalam sejarah

Semasa perlawanan akhir Kejohanan Eropah 1988 di antara Belanda dan Soviet Union, Marco van Basten telah menjaringkan gol paling hebat dalam sejarah bola sepak Eropah.

Setelah tewas di tangan Soviet Union pada peringkat kumpulan, Belanda mendapat peluang untuk membalas dendam di pentas akhir dengan jaringan terhebat sepanjang masa.

Jaringan beliau dari penjuru sebelah kanan padang sentiasa diingati sebagai jaringan terbaik dunia dan masih menjadi bualan ramai pihak.

Bertambah cantik lagi apabila jaringan tersebut merupakan jaringan kelima beliau dan telah melayakkan beliau memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak.

Bercakap mengenai jaringan tersebut, Van Basten berkata ; “Ia pada babak kedua dan saya agak penat. Bola datang dari Arnold Muhren dan saya berfikir, OK, saya boleh menghentikannya dan melakukan perkara dengan semua pemain pertahanan ini atau saya boleh melakukannya dengan cara yang lebih mudah, mengambil risiko dan menembak.

“Anda tahu, anda memerlukan banyak nasib dengan tembakan seperti itu. Semuanya berjalan dengan lancar. Ia adalah salah satu perkara yang kadang-kadang berlaku. Anda cuba melakukannya, tetapi anda memerlukan banyak nasib dan pada masa itu ia diberikan kepada saya, untuk melakukannya pada masa yang sesuai.”