Salah satu perkara yang menarik mengenai bola sepak adalah cerita-cerita yang tidak kita ketahui. Antara cerita-cerita ini adalah bagaimana sepakan penalti Panenka dicipta.
Ramai orang berfikir bahawa Panenka adalah satu sepakan lambung di tengah-tengah gawang gol untuk menipu penjaga gol. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya mempunyai cerita yang menarik disebaliknya.
Untuk itu, kita perlu kembali pada perlawanan akhir Kejohanan Eropah pada 1976 di antara Jerman dan Czechoslovakia, di mana ianya berlaku pada hari ini 20 tahun yang lalu.
Pada perlawanan tersebut, Jerman dan Czechoslovakia mengheret perlawanan sehingga ke penentuan sepakan penalti setelah mencatat keputusan seri 2-2, dengan bekas Presiden Bayern Munich, Uli Hoeneb yang mewakili pasukan Jerman gagal menjaringkan sepakan penalti keempat untuk negaranya.
Selepas itu, tugas mengambil sepakan penalti terarah kepada negara Czechoslovakia, di mana Antonin Panenka ditugaskan untuk mengambil sepakan tersebut. Pada waktu itu, beliau menjadi penentu untuk membawa pulang kejuaraan Eropah tersebut atau menjadi simbol kegagalan negara beliau.
Penjaga gawang Jerman, Sepp Maier pada ketika itu semestinya sudah berteka teki dimanakah Antonin Panenka akan menjaringkan gol. Adakah di bahagian kanan gawang atau di bahagian kiri?
Jawapan kepada soalan-soalan itu gagal di jawab Sepp Maier apabila bola tendang Antonin Panenka mudah menerjah jaring Jerman dan Czechoslovakia dinobatkan sebagai juara Kejohanan Eropah 1976.
Sejak daripada itu, ramai pemain-pemain profesional dunia menggunakan gaya tersebut termasuk Andrea Pirlo ketika saingan Piala Dunia menentang England di mana beliau mudah menewaskan Joe Hart.