Luar Negara Berita

Maurizio Sarri bertolak ke Juventus minggu hadapan

Sportitalia dan Sky Sport Itali mendakwa Maurizio Sarri akan menandatangani kontrak bersama Juventus awal minggu depan, ketika Chelsea sudah bersetuju untuk melepaskan Eden Hazard.

Semalam, Real Madrid telah mengesahkan mencapai persetujuan dengan Chelsea bagi mendapatkan khidmat Hazard.

Dalam masa yang sama Sportitalia dan Sky Sport Itali melaporkan bahawa Marina Granovskaia telah berjanji untuk melepaskan Sarri selepas hanya satu musim bersama Blues.

Sarri berada di dalam radar Juventus selepas Pep Guardiola dilihat sukar untuk meninggalkan Manchester City.

Dilaporkan bahawa wakil Sarri sudah bertemu dengan pengarah Juventus, Fabio Paratici di Milan hari ini.

Sarri akan menyertai Juventus selewatnya minggu hadapan dan Chelsea bakal mendapat pampasan €5-6 juta.