Luar Negara Berita

Neymar terpaksa diketepikan

Neymar tidak akan beraksi di Copa America musim panas ini selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali semasa perlawanan persahabatan menentang Qatar pada hari Rabu lalu.

Penyerang kelab Paris Saint-Germain tersebut. dilihat meninggalkan padang dalam keadaan menangis selepas mengalami kecederaan pada minit 17.

Neymar turut kelihatan memakai tongkat sewaktu berjalan keluar meninggalkan Stadium untuk ke hospital bagi menjalani ujian lanjutan.

Kecederaan berlaku pada waktu yang sibuk buat Neymar apabila beliau sebelum ini sedang disiasat oleh polis dalam dakwaan merogol.

“Hari ini saya bermain salah satu permainan paling sukar dalam karier saya, jika bukan yang paling sukar,” kata Neymar di media sosial selepas itu.