Keceriaan yang dirasakan pada Hari Raya Aidilfitri terpaksa dilupakan oleh para pemain Harimau Malaya apabila perlu fokus dalam memberi persembahan yang baik ketika menentang Timor Leste hari ini.
Bagi Safawi Rasid, beliau akui perlu berpantang dari makanan Hari Raya sebentar bagi menjaga badan dan terus kekal cergas.
“Tahun ini saya tak makan lemang dan rendang sebab tahu sebagai pemain profesional ada tanggungjawab terhadap negara serta tahu apa yang perlu dimakan.
“Saya hanya makan sedikit nasi minyak ketika beraya bersama keluarga di Terengganu.
“Bagi saya tiada masalah kerana perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan harus mendapatkan kemenangan.
“Jadi, kita kena lupakan Hari Raya buat seketika dan fokus pada persiapan. Hari Raya boleh disambut setiap tahun, tapi kelayakan ini hanya empat tahun sekali,” katanya kepada Arena Metro