Pertembungan final Liga Europa telah dicemari dengan kontroversi yang mengelilingi pilihan tempat perlawanan akhir Liga Europa, namun masanya sudah hampir bagi meraikan dua pasukan akhir iaitu Chelsea dan Arsenal bakal bertarung bagi merebut kejuaraan tersebut pada Rabu ini.
Dua minggu setelah minggu akhir Liga Perdana, semua pandangan akan terarah kepada pertembungan dua kelab dari London yang bakal berentap di tengah-tengah ibu kota Azerbaijan.
Ia merupakan aksi akhir pertama eropah sebelum final Liga Juara-Juara diantara Liverpool dan Tottenham Hotspur bakal bertanding di Madrid pada hari Sabtu nanti.
Walau bagaimanapun, perlawanan ini gagal mendapat sambutan daripada para peminat Inggeris apabila dilaporkan hanya sekitar 6,000 tiket sahaja yang terjual.
Jarak dan kos yang tinggi menjadi punca mengapa perlawanan akhir ini gagal mendapat sambutan, manakal Arsenal juga hadir dengan keadaan kurang sempurna dengan ketiadaan Henrikh Mkhitaryan.
Pemain dari Armenia ini memutuskan untuk tidak melakukan perjalanan kerana khuatir dengan tahap keselamatan beliau akibat daripada pergolakan politik antara negara asal beliau dan Azerbaijan.
“Ia tidak berada di tangan saya. Mereka mempunyai alasan untuk bermain di sini dan saya harus menghormati keputusan ini, “kata jurulatih Arsenal, Unai Emery pada hari Selasa.
“Ya, saya lebih suka bermain bersama penyokong kami di sini. Saya lebih suka jika banyak penyokong dari kami dan dari Chelsea boleh datang ke sini dari London, tetapi sukar. ”
Para pemain telah berjanji untuk memenangi kejuaraan ini untuk Mkhitaryan dan ia adalah sangat penting buat Gunners.
Selepas menamatkan musim ini di tangga kelima dalam Liga Perdana, dua mata di belakang Chelsea di tempat ketiga dan satu mata di belakang Tottenham, Arsenal harus menang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Bagi kelab seperti Arsenal kita perlu berada di Liga Juara-Juara. Ia satu permainan yang luar biasa dan penting kerana kami mahu memberi peminat dan kelab Liga Juara-Juara kembali, “kata pemain tengah Granit Xhaka.
Ini adalah kali pertama Arsenal berada di perlawanan akhir peringkat eropah sejak 2006 dan tidak pernah memenangi trofi di peringkat antarabangsa sejak 25 tahun yang lalu.
“Objektif pertama semua pasukan adalah bermain untuk memenangi gelaran – Saya rasa itu adalah objektif pertama, dan kemudian ada juga fakta bahawa ia membantu anda untuk mencapai Liga Juara-Juara,” kata Emery.
Jika perlawanan ini dianggap penting buat Emery, ia juga sama penting untuk Maurizio Sarri dalam menentukan bagaimana beliau bakal menamatkan kempen sulungnya bersama Chelsea.
“Saya fikir kami bermain musim yang sangat baik. Sudah tentu jika kita mampu memenangi perlawanan akhir musim ini akan menjadi indah, “kata Sarri, yang tidak pernah memenangi trofi utama.