Malaysia Berita

Kedah ikat pemain dari Australia

Kedah telah melengkapkan perpindahan pemain berdarah campuran Australia – Malaysia hari ini, lapor kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Media KFA.

David William Rowley, pemain berusia 29 tahun yang dilahirkan di Brisbane, Australia adalah pemain baharu yang ditandatangani oleh Kedah.

Beliau yang bermain di posisi tengah menyerang bakal memperkuatkan lagi bahagian serangan Kedah bersama-sama dengan dua import lain, Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh Media KFA dalam laman Facebook rasmi skuad Helang Merah terbabit, tidak disebut berapa lama tempoh kontrak yang diberikan kepada beliau.

“David Rowley, pemain kelahiran Australia yang memiliki kewarganegaraan Malaysia menyertai skuad hijaukuning selepas menandatangani kontrak bagi tempoh pendaftaran kedua Liga Malaysia musim 2019.”

David Rowley pernah menyarung jersi Negeri Sembilan pada tahun lalu sebelum menyertai Kelantan pada musim ini.