PKNP FC berjaya mencatat keputusan seri dengan Selangor pada aksi Liga Super semalam dan bagi jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim meminta para pemainnya agar cepat menyesuaikan diri jika mahu terus kekal dalam kancah Liga Super musim depan.
“Masa tidak menunggu pemain, sama ada mereka sudah bersedia atau tidak, perlawanan mesti terus dihadapi dan setiap kesilapan pasti dihukum atau kehilangan mata, dan peluang menjaringkan gol terlepas begitu saja.
“Kita masih boleh bersaing tetapi naluri pembunuh dalam kalangan pemain PKNP ketika ini dikongsi semua pemain, kita masih belum ada `playmaker’ atau pemain yang boleh menjadi tunjang kepada pasukan,” katanya.
Biarpun gagal mencatat kemenangan, keputusan seri dengan Selangor adalah satu keputusan yang sepatutnya dibanggakan.
“Saya puji semangat juang pemain yang mahu mengelak jurang mata yang besar apabila bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-1.
“Satu mata bagi PKNP adalah cukup baik dalam keadaan kesukaran dihadapi kita ketika ini, sekali gus dapat kekal dalam kedudukan 10 pasukan teratas Liga Super,” katanya