Terengganu FC (TFC) mahu bangkit daripada kekecewaan minggu lalu setelah terkeluar daripada saingan Piala FA dengan Pahang di Stadium Darul Makmur biarpun mereka mendahului dengen selesa pada perlawanan pertama di laman sendiri.
Kekalahan tersebut pastinya menjadi motivasi untuk TFC apabila akan menerima kunjungan Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Justeru, bagi penolong jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik mengharapkan anak buahnya agar tidak leka dan kekal fokus.
“Usah ulangi kesilapan sama, sebaliknya pemain perlu tampil dengan aksi lebih mantap,” katanya.
“Kekalahan kepada Pahang tempoh hari sudah pasti sukar diterima bukan saja pemain, malah semua peminat, oleh itu saya gesa pemain perlu bangkit mencatat kemenangan dengan melupakan kekalahan itu.
“Selain itu, kami harap semua pemain mampu mengekalkan prestasi terbaik biarpun beraksi pada Ramadan yang sudah tentu menyebabkan pemain cepat lesu dan kurang bertenaga,” katanya.