Selepas dihimpit dengan pelbagai masalah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), para penyokong meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatan nombor satu persatuan.
Memetik kata-kata Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW), Rozaki Abd Kadir di Sukan BH berkata, “kami sudah bosan dengan kontroversi yang melibatkan KAFA, berbanding kisah kejayaan sepanjang membimbing persatuan itu.
“Banyak isu-isu melibatkan beliau sejak mengambil alih persatuan. Antaranya kegagalan membawa masuk tiga syarikat multinasional, ambil dan gugur pemain secara besar-besar, isu jurulatih (Fajr Ibrahim) dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini
Kata beliau lagi,tambah parah lagi isu tunggakan gaji bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzales yang menyebabkan Kelantan dipotong tiga mata.
“Itu tidak termasuk pembatalan kerjasama antara MyInspiration Sdn Bhd dengan KAFA menerusi syarikat KRW Sdn Bhd, tidak sampai tiga bulan membuatkan persatuan itu bertambah teruk,” katanya.