Eropah Berita

Kebangkitan anak muda Ajax buat Old Lady tergamam

Ajax Amsterdam melenyapkan impian Juventus untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 di dalam perlawanan kedua pagi tadi.

Kapten Ajax, Matthijs de Ligt memastikan kemaraan pasukan dengan gol tandukan beliau pada minit ke-67 untuk mara dengan agregat 3-2 sekali gus menamatkan penantian sejak kali terakhir ke separuh akhir pada musim 1996/97.

Walau bagaimanapun, Cristiano Ronaldo berjaya meletak Juventus dihadapan melalui tandukan pada minit ke-28.

(Photo by Massimiliano Ferraro/NurPhoto via Getty Images)

Kemenangan ini akan membawa Ajax bertemu sama ada Manchester City atau Tottenham di peringkat separuh akhir.

“Bolehkan kami menang pertandingan ini? Apapun, kami sudah ke separuh akhir. Kami sudah menyingkirkan dua pasukan pilihan. Perlawanan selepas ini memang sukar, sama seperti perlawanan malam ini, tapi siapa tahu,” kata pengurus Ajax, De Ligt.

Frenkie de Jong menambah: “kami menguasai perlawanan selepas rehat dan berhak menang malah kami sepatutnya menang lebih besar.”