Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Selangor rebah di halaman sendiri

Selangor disingkirkan daripada saingan Piala FA apabila tunduk 2-1 kepada Felda pada perlawanan semalam di Stadium Shah Alam.

The Fighters turun dengan semangat tidak putus asa untuk mara ke suku akhir manakala anak buah B. Sathianathan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang.

Felda mengasak seawal minit pertama tetapi gagal memecah kebuntuan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Selangor berjaya berada dihadapan melalui Syahmi Safari apabila pertahanan lawan gagal mengeluarkan bola hantaran lintan Syazwan Zainon dari kawasan bahaya.

Tersentak dengan gol pertama, Felda bangkit sembilan minit selepas itu melalui pertahanan mereka, Thiago Junior De Aquino untuk menjadikan permainan kembali seimbang.

Gol kemenangan Felda hadir pada akhir minit perlawanan menerusi gerakan solo kapten pasukan, Muhammad Hadin Azman yang berjaya menewaskan penjaga gawang Selangor.