Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) telah mendakwa bekas pemain Manchester United, Paul Scholes atas kesalah melanggar peraturan membabitkan pertaruhan, kata badan induk itu, semalam.
Pertuduhan itu dibuat keatas kesalahan pertaruhan yang dilakukan pada 17 Ogos 2015 hingga 12 Januari 2019.
Tempoh berkenaan menyaksikan Scholes berkerja sebagai salah seorang pemilik kelab bukan liga, Salford City, sebelum dilantik sebagai pengurus Oldham pada Februari 2019.
“Paul Scholes didakwa dengan tuduhan salah laku berkait dengan Peraturan Pertaruhan FA,” kata FA dalam satu kenyataan. “Dia dituduh melakukan 140 pertaruhan bagi perlawanan bola sepak, yang bertentangan dengan Peraturan E8 FA, di antara 17 Ogos 2015 dan 12 Januari 2019.
“Dia diberikan tempoh sehingga 26 April bagi membalas tuduhan berkenaan.”
Scholes, meletakkan jawatan sebagai pengarah kelab di Salford tetapi mengekalkan 10 peratus pegangan saham sebelum ke Oldham.