Luar Negara Berita

Matt Murray anggap gol kedua Wolves berpunca daripada De Gea

Adakah David de Gea sepatutnya lebih berani untuk menghalang gol kemenangan Wolves? Matt Murray fikir begitu, mengatakan penjaga gol itu sepatutnya mengambil risiko untuk menghalang gol tersebut.

Harapan Manchetser United berada di tangga ke empat Liga Perdana bertambah sukar apabila Wolves mengambil kesempatan daripada kad merah Ashley Young untuk menang 2-1.

Young dibuang padang sewaktu permainan masih terikat 1-1 membolehkan Wolves berada di hadapan pada minit ke-77 berkat gol sendiri Chris Smalling.

Selepas sedikit kekeliruan dengan Smalling, De Gea membenarkan bola melantun di dalam kotak dan persoalan yang timbul adakah beliau sepatutnya menjadi lebih berani untuk menghalang gol tersebut.

Bekas pemain Wolves, Murray berkata, “De Gea tidak boleh datang untuk bola pertama tetapi ketika bola kedua dia dapat keluar, menyebarkan dirinya dan mengambil segala dan menjadi sangat berani.

“Sebaliknya, dia mengalihkan kepalanya, tidak melihat bola melewatinya dan masuk ke jaring.”