Luar Negara Berita

Lagenda Argentina kritik sikap Messi

Kembalinya penyerang Argentina, Lionel Messi ke skuad negaranya bermula dengan langkah kiri apabila tewas 3-1 ke atas Venezuela, Jumaat lepas.

Biarpun menjadi pemain terbaik dunia, tetapi beliau tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada Daniel Passarella atas sikapnya bersama skuad negara.

“Dia pemain hebat yang boleh memberikan sesuatu kepada pasukan,” kata Passarella.

“Tetapi apabila dia bermain untuk Barcelona, dia mempunyai sikap yang berbeza.

Mandatory Credit: David Cannon/Allsport

“Dia lebih baik di sana.

Bekas kapten Argentina ini juga mengakui setiap pemain akan mempunyai pengalaman sebegini.

“Kadang-kadang perkara ini berlaku.

“Anda bermain dengan baik untuk satu pasukan dan mereka mencintai anda, tetapi anda tidak berasa selesa dan sesuatu tidak sesuai.

“Saya tidak tahu apa itu, tetapi ia sepatutnya menjadi sesuatu yang anda rasa.”