Kolum

10 pembelian terbesar Barcelona dan di mana mereka sekarang?

Selepas khabar Philippe Coutinho mahu meninggalkan Barcelona di penghujung musim ini tersebar, ia telah mencetuskan perdebatan tentang apakah perpindahan dengan harga yang mahal menjamin prestasi yang baik.

Dia adalah pemain paling mahal dalam sejarah Barcelona, ​​namun setakat ini gagal mencapai ‘standard’ yang beliau tunjukkan di Liverpool.

Sepanjang sejarah Blaugrana terdapat beberapa pembelian yang sangat baik, tetapi terdapat juga beberapa pembelian yang gagal berhasil.

Di sini, kami senaraikan 10 pembelian terbesar Barcelona dan bagaimana mereka sekarang.

(Photo by Jose Breton/NurPhoto via Getty Images)

Philippe Coutinho (120 juta euro)

Dia telah gagal hidup dalam jangkaan seperti mana yang beliau telah lakukan di Liverpool.

Coutinho telah berada di Barcelona kurang dari setahun, setakat ini dia belum memberikan apa-apa gambaran yang beliau adalah pemain yang diperlukan oleh Barcelona.

Begitu mengecewakan sehingga terdapat khabar bahawa Barcelona dalam perancangan untuk menjualnya keluar dan mendapatkan kembali pelaburan mereka.

Barcelona dikatakan bersedia untuk mendengar apa-apa tawaran daripada mana-mana kelab.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Ousmane Dembele (105 juta euro)

Walaupun kerjayanya di Camp Nou bermula dengan kecederaan, dia telah menunjukkan bahawa dia adalah pemain yang mampu mengubah permainan dan diperlukan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Neymar.

Tambahan pula pada musim ini, pemain kelahiran Perancis ini telah menunjukkan persembahan yang baik sepanjang diturunkan pada perlawanan penting.

(Photo by Douglas Jones/Icon Sportswire via Getty Images)

Neymar (88.2 juta euro)

Dia sepatutnya tidak meninggalkan Barcelona.

Dia hidup dengan wang yang dibelanjakan Barcelona untuknya, walaupun angka akhir yang dibelanjakan tidak pernah benar-benar disahkan.

Dibeli untuk menjadi pemain yang bakal mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Messi, dia tidak mempunyai kesabaran untuk peranan itu dan membuat perpindahan ke Paris Saint-Germain.

Sehingga sekarang, Catalans masih mengalami kesukaran mencari pengganti untuknya.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Luis Suarez (81.7 juta euro)

Salah satu penyerang terbaik yang berbaloi dibeli Barcelona.

Barcelona sentiasa mempunyai penyerang yang baik sepanjang penubuhan kelab itu, manakala Suarez adalah salah satu daripadanya selepas beliau menyertai Barca daripada Liverpool.

Dengan 237 penampilan dan telah menjaringkan 172 gol. Dia telah memainkan peranan penting dalam kemenangan treble pada 2015.

(Photo : Olivier Andrivon / Icon Sport via Getty Images)

Zlatan Ibrahimovic (69.5 juta euro)

Jujurnya, dia gagal memenuhi jangkaan.

Dia mengambil alih tempat yang ditinggalkan Samuel Eto’o setelah berjaya memberikan aksi yang konsisten sewaktu di Itali dan Belanda, tetapi dia tidak pernah memahami Pep Guardiola dan Pep Guardiola gagal memahami beliau yang akhirnya meninggalkan kelab tersebut lebih awal dari apa yang diharapkan.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Malcom (41 juta euro)

Pada musim panas 2018, dia tiba sebagai pemain penting buat Barcelona ​​yang mengalahkan Roma bagi mendapatkan tandatangannya pada saat terakhir.

Dia masih gagal mempamerkan aksi yang konsisten, tetapi dengan umurnya yang masih muda. Dia wajar diberi ruang.

(Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

Paulinho (40 juta euro)

Dia datang ke Barcelona sambil mengendong kritikan terhadapnya.

Bagaimanapun, perjudian itu berbaloi dengan beberapa cetakan gol dan kawalan tengah yang baik daripada beliau sehingga membuatkan semua orang tertanya-tanya kenapa Barcelona membiarkan dia pulang ke China.

Khabar daripada media Sepanyol menyatakan Ernesto Valverde mahu mengekalkannya, tetapi pengurusan kelab mahu menjualnya.

(Photo by Victor Fraile/Corbis via Getty Images)

David Villa (40 juta euro)

Dia menghabiskan tiga musim di Barcelona.

Walaupun pada ketika itu beliau perlu berjuang untuk mendapatkan tempatnya, dia selalu menjawab dengan gol dan sikap profesionalisme.

Di Barcelona, ​​dia mendapat apa yang dia cari dengan memenangi Liga Juara-Juara.

Dalam 119 perlawanan untuk Blaugrana, dia telah merekodkan 48 jaringan.

(Photo by Clive Rose/Getty Images).

Marc Overmars (40 juta euro)

Dia adalah salah satu pemain yang gagal di Barcelona setelah tiba pada tahun 2000 dari Arsenal.

Dalam empat musim di Camp Nou, beliau menjaringkan 19 gol dalam 141 perlawanan.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Andre Gomes (37 juta euro)

Andre Gomes gagal menunjukkan prestasi yang sama sewaktu beliau menyarung jersi Valencia.

Pemain kelahiran Portugal ini amat mengecewakan selama beliau bermain untuk Barcelona.

Beliau turut mengakui, persembahannya yang tidak konsisten sedikit sebanyak telah memberi impak kepada dirinya.

Andre Gomes akhirnya dipinjamkan ke Everton.