Kolum

Stadium Municipal de Butarque – Kisah Cinta Daripada Selatan Madrid

Setiap tahun pada 14 Februari, berjuta-juta pasangan yang bercinta di seluruh dunia mengisytiharkan cinta mereka pada Hari Valentine. Bagi peminat CD Leganes, tarikh itu adalah dua kali lebih istimewa, memandangkan pada 14 Februari, 20 tahun yang lalu, kelab itu telah merasmikan gelanggang rasmi mereka, Municipal de Butarque.

Sama seperti cinta, takdir tidak menentu dan selepas dua kempen dalam liga terbaik di dunia, kelab sederhana ini dari sebuah bandar di selatan Madrid telah melahirkan ramai penyokong setia bagi kempen La Liga.

Dengan kehadiran purata hampir 90% sepanjang musim, setiap pertandingan di Butarque telah menjadi satu deklarasi cinta yang disokong oleh para peminat terhadap pasukan CD Leganes. Perlawanan pertama yang dimainkan pada tahun 1998 mungkin telah memberikan petunjuk awal mengenai kekuatan cinta yang menyebar luas di bandar ini terhadap penyokong dan pasukan.

Salah satu kenangan yang paling kuat setakat ini ialah pada Januari 2018 apabila kelab itu bertanding di separuh akhir Copa del Rey yang berakhir seri 1-1 dengan Sevilla FC. Apa yang menakjubkan adalah setiap ruang kosong dipenuhi dengan warna rasmi kelab ini, Biru dan Putih.

Butarque adalah stadium terbuka dan ianya bertambah menarik kerana direka khas untuk Pepineros (‘Cucumbers’), nama samaran untuk peminat Leganes, berpunca dari aktiviti pertanian di bandaraya ini sejak berabad-abad, dengan pertumbuhan sayuran hijau memainkan peranan yang sangat menonjol. Walau bagaimanapun, pada masa kini, ia adalah gelanggang yang menjadi tumpuan utama penduduk bandar ini.

Leganes telah mendapat penghormatan daripada Madrid dan seluruh La Liga. CD Leganes dalam misi untuk berjuang bagi merapatkan jurang di antara mereka dan  jiran-jiran kerana mereka tidak boleh terlalu selesa untuk berada di atas tanpa melihat daripada mana mereka datang.