Dollah Salleh, pengendali pasukan Pahang menyifatkan video berdurasi 30 saat yang memaparkan beliau mengeluarkan kata-kata kesat bukan ditujukan kepada pengadil, tetapi kepada rakan sejawatannya Zainal Abidin Hassan.
Tindakan pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan yang memarahi pegawai pasukannya yang ingin mendapatkan penjelasan pembantu pengadil nyata tidak disenangi Dollah.
“Kata-kata itu ditujukan kepada kawan baik saya yang memarahi pegawai Pahang (pembantu jurulatih),” jelas jurulatih Pahang, Dollah Salleh
“Saya menyedari tular video saya mengeluarkan kata-kata kesat dan jika diteliti ia bukan ditujukan kepada pegawai perlawanan atau tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.
“Dia (Zainal Abidin) secara tiba-tiba memarahi anak buah saya dan tindakan itu menyebabkan saya berang dan agak kesal kerana kawan baik bertindak demikian,”
Dalam perkembangan yang sama, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas beliau dirakam mengeluarkan kata-kata kesat.
Bagaimanapun, Dollah akan diberi peringatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Dollah mungkin kecewa kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan dan insiden sepakan penalti itu berlaku sebelum perlawanan berakhir.
“Sekiranya kejadian itu berlaku lebih awal dalam permainan maka mungkin beliau akan kurang beremosi pada akhir perlawanan.
“Kita perlu bersikap adil kepadanya di mana beliau tidak bercakap dalam sidang media rasmi tetapi tidak bernasib baik kerana percakapannya dirakam ketika kamera sedang merakam suasana selepas tamat perlawanan.
“Untuk kes ini MFL akan memberi peringatan kepada Dollah tentang statusnya sebagai tokoh bola sepak tempatan dan mengingatkannya bahawa perlawanan kini disiarkan secara langsung.
“Kami tidak akan meneruskan (menyerahkan laporan rasmi berhubung isu Dollah) kejadian itu kepada FAM untuk tindakan tatatertib,” katanya.
Sementara itu, Kevin berharap insiden ini akan memberikan peringatan bukan sahaja kepada Dollah tetapi semua jurulatih khususnya pasukan dari Unifi Liga Super yang mana kesemua perlawanan kini disiarkan secara langsung menerusi platform iflix.