Liga Super Malaysia Berita

Safawi Rasid Sedia Pertahan Piala Sumbangsih

Menjelang pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak pada aksi Piala Sumbangsih di Larkin esok. Pemain sayap JDT, Safawi Rasid enggan berputih mata dan tunduk dengan pasukan Perak.

Justeru, beliau tekad bakal turun dengan semangat mempertahankan Piala Sumbangsih dan sekaligus mengutip tiga mata berharga menjelang aski pertama Liga Super.

Beliau menjaring tujuh gol untuk skuad Harimau Selatan musim lalu mengakui Perak bukanlah lawan mudah selepas pasukan tersebut memenangi Piala Malaysia musim lalu.

Tetapi beliau percaya dengan kemampuan setiap pemain JDT untuk melaksanakan tugas dengan baik bagi memberi aksi yang terbaik di Larkin esok.

Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, “piala Sumbangsih adalah piala pertama yang dipertandingkan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dan sudah tentu saya dan rakan sepasukan bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik memandangkan kami beraksi di laman sendiri,”

“Sememangnya keputusan positif ditagih kerana kami tidak mahu piala berkenaan terlepas kepada pasukan lawan dan hilang tiga mata, malah kami sudah diterapkan semangat kekeluargaan dan ia memainkan peranan penting apabila beraksi dalam kancah liga.

Beliau juga turut mengakui merasa terkilan tidak dapat memenangi Piala Sumbangsih pada musim 2017 apabila tewas menerusi sepakan penalti dengan Kedah, tetapi berjaya membalas dendam apabila menang 2-1 dengan pasukan yang sama musim lalu.

“Pada musim 2017, pertama kali saya beraksi untuk JDT dan ia pengalaman perit selepas tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dan kami tidak mahu keperitan tiga musim lalu berulang.”

JDT dikendalikan oleh bekas pemain mereka, Luciano Figueroa sebelum ini telah menghadapi aksi pramusim di Thailand dalam mempersiapkan pasukan yang dihadiri dengan muka baru.

Antara pemain yang menjadi bualan peminat JDT adalah kehadiran Dioga Luis Santo, pemenang dua kali kasut emas Liga Thailand ketika beraksi bersama Buriram United.

Safawi juga turut mengakui bahawa aksi pramusim di Thailand memberi kelebihan buat skuad Harimau Selatan daripada segi persiapan dan persefahaman pasukan.

Katanya, banyak perkara baru yang dipelajari di Thailand dan ditambah pula dengan tiga aksi persahabatan bertemu dengan pasukan hebat Liga Thailand.