Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu berharap keyakinan yang dicipta setelah menang keempat-empat perlawanan Piala Asia 2019 akan memberi motivasi buat anak buah beliau menjelang perlawanan suku akhir dengan Vietnam, hari ini.
Kemenangan berturut-turut ke atas Turkmenistan, Oman, Uzbekistan dan Arab Saudi – semuanya dengan jaringan tunggal, membawa pasukan Samurai Biru menjadi salah satu antara lapan pasukan yang berjaya mara ke suku akhir.
Walaupun anak buah Moiryasu masih belum tewas pada mana-mana perlawanan, tetapi mereka masih gagal menunjukkan persembahan yang konsisten.
“Jepun ada di sini kerana kami berhasrat untuk memenangi gelaran, tetapi pasukan perlu dibangunkan kerana kami mempunyai beberapa pemain baru yang kurang pengalaman,” katanya.
“Kami bermain setiap perlawanan dan belajar dari mereka. Kami tahu esok akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi kami akan melakukan yang terbaik dan membawa keyakinan setelah menang empat perlawanan kami sebelum ini.”
Sejak membawa Jepun, Moriyasu telah memenangi lapan perlawan dan seri satu daripada sembilan perlawanan dibawah kendalian beliau.
Sementara Jepun sedang dalam mencari rentak, Vietnam memasuki kempen suku akhir dengan nasib yang baik apabila mempunyai peluang berehat selama satu hari tambahan.
Penyerang mereka, Yoshinori Muto digantung perlawanan dan pasti tidak akan bermain, tetapi selain itu, jurulatih gembira untuk membiarkan media meneka-neka kesebelasan utama yang bakal turun hari ini.
“Jadual kami sangat padat, setelah bermain dengan Arab Saudi pada hari Isnin, tetapi diharapkan para pemain akan sembuh secara mental dan fizikal, dan bersedia untuk melawan Vietnam,” kata Moriyasu, pemenang Piala Asia AFC sebagai pemain pada 1992.
“Saya tidak boleh menyebut siapa yang akan bermula, saya akan meninggalkannya sehingga kami mempunyai satu hari kurang dari Vietnam tetapi itulah peraturan perlawanan, kami harap para pemain dapat pulih sebanyak mungkin.”
Ia adalah tugas Moriyasu untuk mengakhiri kisah kejayaan Vietnam, termasuk kemenangan 1-0 ke atas Jepun pada Sukan Asia B-23 2018 yang lalu.
“Apa yang perlu saya lakukan ialah bermain setiap perlawanan dan bersedia setiap kali,” katanya.
“Ketua jurulatih (Park Hang-seo) adalah pasukan yang baik dan mereka mempunyai keputusan yang sangat baik dalam kejohanan antarabangsa. Jurulatih sebelumnya Miura adalah rakyat Jepun yang juga mempunyai hasil yang baik.
“Kami menghormati Vietnam, tetapi pada masa yang sama kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kami menang.”