Malaysia Berita

Penolong Chelsea Didenda

Pembantu jurulatih Chelsea, Marco Ianni didenda 6,000 pound oleh Persatuan Bola Sepak (FA) pada hari Selasa diatas sambutan beliau yang agak keterlaluan selepas Chelsea mendapat gol penyamaan minit ke-96 ketika seri 2-2 pada perlawanan Liga Perdana dengan Manchester United.

Ianni telah mengaku bersalah terhadap tuduhan FA berkenaan “tingkah laku yang tidak wajar” selepas merayakan jaringan tersebut di depan bangku pihak lawan dan ia telah mencetuskan pergaduhan daripada pengurus United, Jose Mourinho di Stamford Bridge awal bulan ini.

Bos Chelsea, Maurizio Sarri mengesahkan dia memohon maaf kepada Mourinho selepas perlawanan dan Ianni kemudiannya melakukan perkara yang sama.