Kolum

Emma Clarke, Pemain Bolasepak Wanita Kulit Gelap Pertama Pasukan Britain.

Cerita ini tidak pernah didengari beberapa zaman. Tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana media dan tidak pernah dihebohkan dimana-mana tempat. Tetapi bagi orang yang memperjuangkan kesamarataan dan mengkritik penindasan. Ini adalah cerita yang amat berharga untuk disimpan dan diceritakan pada zaman yang akan datang.

Cerita tentang seorang pemain bola sepak perempuan berkulit hitam pertama Britain, Emma Clarke. Beliau dilahirkan di Liverpool, pada musim panas tahun 1875. Ibu bapanya mempunyai 14 orang anak, tetapi hanya 5 orang sahaja yang selamat dan meningkat dewasa. Adik perempuan beliau adalah seorang pemain bola sepak dan mereka sering bermain bola sepak di jalanan Bootle, daerah Manchester. 

Beliau ditemui oleh Stuart Gibbs seorang penyelidik semasa beliau melakukan penyelidikan tentang bola sepak wanita. 

Gibbs menyatakan dalam penyelidikannya bahawa Emma Clarke membuat debut sebagai pemain bola sepak selepas dia dipilih untuk menyertai pasukan Bola Sepak Wanita British pada tahun 1895. Dia mewakili pasukan ini sehingga tahun 1903. Beliau juga telah dipilih untuk menyertai jelajah ke Scotland pada tahun 1896. Clarke yang sering bermain sebagai penjaga gawang dipilih untuk bermain di bahagian lain juga pada perlawanan tertentu dan beliau dibayar hanya dengan 1000 pound.

Pada tahun 1905, dimana informasi sangat terhad pada ketika itu. Disebabkan nama beliau tiada di dalam sistem bancian pada tahun itu, beliau dipercayai meninggal dunia pada umur 30 tahun. Gibbs menulis dalam artikelnya merujuk kepada Clarke sebagai seorang perempuan yang mempunyai kaki yang gelap dan bermain di sayap kanan.

Cerita tentang Emma Clarke telah dipentaskan oleh Future Theatre pada tahun 2017. Selama ini, ahli sejarah menulis bahawa pemain wanit berkulit gelap pertama Britain adalah Carrie Bousted dan draf awal tentang pementasan itu adalah berkenaan Bousted. Tetapi jangkaan mereka meleset selepas Gibbs, membuat penemuaan baru dan mendorong penulis teater tersebut untuk mengubah keseluruhan cerita.

Teater ini telah menceritakan bagaimana penindasan yang dihadapi oleh golongan wanita untuk bermain sukan yang didominasi oleh orang lelaki. Ia membawa Emma Clarke sebagai seorang pejuang dan telah melalui waktu-waktu yang sukar sebagai wanita berkulit gelap. Kerana pada tahun itu, penindasan terhadap kaum berkulit gelap masih kuat sehingga membawa kepada pembunuhan.

Emma Clarke adalah bukti bahawa betapa sejarah selalu menidakkan mereka yang ditindas serta melihat seseorang daripada sudut warna kulit yang berbeza.

“Kerana orang kulit hitam kurang bernasib baik dalam buku-buku sejarah British dan ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa seseorang seperti Emma berjaya dalam bola sepak,” jelas Charlie Cuff, timbalan editor Gal-dem, majalah yang ditulis oleh para wanita. “Apabila sejarah telah di cat putih, ia tidak akan menjadi tepat – ia tidak benar-benar mencerminkan apa yang berlaku – dan ia hanya mengikat kepada masalah yang lebih besar yang dihadapi wanita kulit hitam dalam masyarakat.

Beliau menyambung, “lelaki kulit putih telah lama berkuasa. Mereka telah menulis buku sejarah tentang kami. Mereka menyukai naratif di mana orang-orang seperti mereka telah berjaya dan melakukan perkara yang baik, itulah sebabnya kita lebih banyak mendengar tentang kehilangan orang kulit hitam daripada sistem perdagangan hamba. Mereka menyebabkan orang seperti saya berfikir secara tidak tepat bahawa mereka (orang kulit gelap) lebih bersendirian dalam naratif sejarah British.”

Sejarah Emma Clarke telah ditelan zaman disebabkan beliau adalah wanita berkulit gelap dan ditidakkan ceritanya oleh sejarah. Jika dunia berlaku adil, pasti patung Emma Clarke akan berdiri bersebelahan dengan patung Booby Moore di Wembley Way.

Rujukan.

  1. The Fa (2018, 26 Oct) CELEBRATING EMMA CLARKE, BRITAIN’S FIRST BLACK FEMALE FOOTBALLER. Dirujuk daripada http://www.thefa.com/news/2018/oct/26/emma-clarke-first-black-female-footballer-261018
  2. Hollie McNish (2017, 28 Mar) Revealed: Britain’s first black female footballer after case of mistaken identity. Dirujuk daripada https://www.theguardian.com/football/2017/mar/28/britains-first-black-female-footballer-emma-clarke-1890s-play
  3. Women In Football (2018, 8 Oct) Celebrating Emma Clarke, Britain’s First Black Female Football Pioneer. Dirujuk daripada https://www.womeninfootball.co.uk/news/2018/10/08/celebrating-emma-clarke,-britain’s-first-black-female-football-pioneer/