Luar Negara Berita

Liverpool Tewas, Kloop Akui Bertanggungjawab

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Kloop, mengambarkan skuad kendalian beliau sebagai “tidak cukup bagus” pada aksi Kumpulan C apabila tewas 1-0 ke atas Napoli, hasil jaringan minit akhir oleh Lorenzo Insigne.

“Kami belum cukup bagus,” kata Klopp.

“Ia satu petanda buruk jika anda katakan yang penjaga gol adalah pemain terbaik anda.

“Tiada percubaan tepat?. Saya tidak ingat bila kali terakhir ia berlaku. Ketika ini saya perlu akur sebahagian besar persembahan mereka adalah kesilapan saya. Ia tidak sepatutnya berlaku.”

Skuad kendalian Carlo Ancelotti, Napoli, berjaya menjinakkan Liverpool, naib juara tahun lalu, sebelum menjaringkan gol pada minit ke-90, hasil hantaran lintang Jose Callejon yang disempurnakan Insigne.

Kemenangan ini meletakkan Napoli di tangga teratas kumpulan dengan empat mata daripada dua perlawanan, manakala Paris Saint-Germain (PSG) berada di tangga kedua selepas membelasah Red Star Belgrade, 6-1

Ancelotti memberi pujian terhadap anak buahnya, keupayaan pemainnaya membaca permain nyata membuahkan hasil apabila berjaya meledakkn gol pada minit-minit akhir permainan.

“Kami membaca permainan dengan baik, kami membaca pergerakan lawan tanpa mengorbankan corak permainan kami,” kata Ancelotti.

“Kami mempunyai seorang bek tengah tambahan dan mampu membina gerakan dari benteng. Ia keseimbangan yang sempurna.”