Lee Andrew Tuck, pemain import pasukan Terengganu FC sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak Malaysia apabila menjaringkan hatrik dalam perlawan menentang Felcra FC di Stadium Bola Sepak Chera, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Hatriknya bersama-sama gol tunggal daripada Kipre Tchetche sudah memadai untuk melayakkan Terengganu FC ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 walaupun berbaki 2 perlawanan lagi dalam peringkat kumpulan.
Pemain yang berpindah daripada Negeri Sembila FA ini pernah mencuri tumpuan pada awal tahun ini apabila menjaringkan gol daripada tengah padang ketika menentang Selangor FA dalam saingan Liga Super 2018.
Persembahannya pada malam tadi pastinya mendapat pujian tinggi daripada penyokong Terengganu FC dan mencerahkan peluang buat pasukan pantai timur itu untuk mencapai sasaran memenangi satu piala pada musim ini.
Berikut kami bawakan kepada anda lima perkara mengenai bintang sensasi Terengganu FC, Lee Andrew Tuck: