Beliau menjulang trofi Piala Dunia 20 tahun lalu bersama skuad Les Bleus di Stade de France. Kehadiran bekas pemain ini masih lagi memberikan satu aura yang hebat. Tidak lain dan tidak bukan, figura itu ialah Thierry Henry, lagenda bola sepak Perancis.
Menjelang pertemuan di antara Perancis dan Belgium pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018, nama beliau kembali menjadi suatu topik perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak. Ini kerana, beliau sedang memangku tugas sebagai penolong jurulatih kepada Roberto Martinez, pengendali Belgium yang akan menentang pasukan negara kelahirannya.
Belgium pada kejohanan Piala Dunia 2018 mencipta rekod layak ke aksi separuh akhir setelah kali terakhir melakukannya 32 tahun lalu ketika Piala Dunia 1986 di Mexico. Kecemerlangan skuad Red Devils ini juga ditunjangi oleh penyerang Romelu Lukaku yang mendapat tunjuk ajar secara terus daripada Thierry Henry.
Semasa bergelar pemain, Thierry Henry merupakan seorang penyerang prolifik dan nama besar di dalam dunia bola sepak. Terkenal dengan gaya permainannya yang pantas serta mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut, ia merupakan satu mimpi ngeri buat penjaga gol yang menghadapi beliau.
Pelbagai gelaran dan kejuaraan berjaya digondol olehnya serta menjadi pujaan penyokong ‘kipas susah mati’ kelab Arsenal dan juga gergasi Sepanyol, Barcelona. Bersama skuad Les Bleus, beliau juga mencipta beberapa rekod serta memenangi beberapa kejuaraan utama.
Pastinya akan timbul satu perasaan janggal buat Thierry Henry apabila pasukan bimbingannya menentang pasukan negara kelahirannya nanti. Walaubagaimanapun, kami yakin Thierry Henry adalah seorang professional dan komited dengan tugasannya, namun Perancis tetap dihatinya.
Apa pun, kami disini ingin mengucapkan ‘Bonne chance!’, selamat berjaya buat Thierry Henry dan semoga pasukan terbaik akan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018.
Disini kami sajikan beberapa pencapaian bekas penyerang prolifik skuad kebangsaan Perancis, Thierry Henry: