Masih lekat di ingatan tentang apa yang terjadi kepada Andres Escobar beberapa tahun yang lalu. Ketika Piala Dunia 1994, ketika itu Colombia menjadi salah satu pilihan untuk menjadi juara dunia. Malangnya, harapan besar yang digalas oleh skuad bimbingan Francisco Maturana itu gagal mereka pegang dan Escobar menjadi korban nyawa akibat jaringannya.
Sebelum Escobar dibunuh, beberapa pemain termasuk pengurus telah menerima ancaman bunuh kerana kegagalan mereka di Piala Dunia 1994. Bertahun lamanya selepas kes itu, perkara sebegitu seharusnya tidak lagi wujud di zaman moden ini tetapi pada tahun 2018, kes seumpamanya masih lagi ditemui dalam kalangan pemain bola sepak. Alasannya sama, pemain tersebut bertanggungjawab di atas kekalahan pasukannya.
Terbaru, pemain yang menerima ancama bunuh adalah penyerang Denmark, Nicolai Jorgensen. The Danish Dynamite berjaya layak ke pusingan kedua dan mereka berdepan pasukan yang cukup ampuh, Croatia. Kedua-dua pasukan mampu mencatat dua jaringan dalam babak pertama tetapi ia kekal sehingga tamat separuh masa kedua. Perlawanan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan dan apabila kedudukan masih sama, penentuan sepakan penalti terpaksa dijalankan
Penjaga gol daripada kedua-dua pasukan menjadi perhatian. Kasper Schmeichel berjaya menafaikan dua tendangan manakala Danijel Subasic menghalang tiga percubaan. Tiga pemain Denmark itu adala Christian Eriksen, lasse Schone serta penendang terakhir, Jorgensen. Kegagalan Jorgensen menyempurnakan sepakan itu dilihat sebagai punca masalah sehingga mengakibatkan ancaman bunuh itu.
Persatuan Bolasepak Denmark telah melaporkan perkara itu pada Selasa lalu. Jorgensen menerima penghinaan serta ancaman bunuh menerusi media social seperti Instagram dan Facebook.
“Hentikan. Masyarakat kita tidak akan menerima ancaman bunuh, tidak kira sama ada mereka beraksi di Piala Dunia, ahli politick atau siapa sahaja,” kata wakil Persatuan Bolasepak Denmark di Twitter.
Sebelum itu, pemain Sweden, Jimmy Durmaz, turut menerima ancaman yang berbaur perkauman selepas aksi menentang Jerman dalam saingan peringkat kumpulan. Dalam perlawanan itu, Durmaz adalah individu yang memberikan sepakan percuma sehingga membawa kepada jaringan oleh Toni Kroos. Skuad Blagult juga menyatakan ketegasan dalam memberi tindak balas terhadap ancaman tersebut.
Ancaman pembunuhan tidak layak diletakkan kepada sesiapa sahaja. Kita memang suka dan cintakan sukan bola sepak, namun ia tidak boleh dijadikan alsan untuk melakukan sebarang jenayah seumpamanya. Daripada memberikan ancaman bunuh, lebih baik kita berikan mereka semangat dan penghargaan kepada pemain yang berjuang bermati-matian di Piala Dunia 2018.
Perlu diingat sekali lagi, ancaman bunuh tidak layak dijadikan bahan jenaka.