Dramatik. Perlawanan yang cukup dramatik. Juara bertahan, Jerman bangkit semula selepas ketinggalan pada separuh masa pertama. Sweden yang sudah mengutip tiga mata dalam perlawanan pertama mereka menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Ola Toivonen.
Marco Reus menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua. Drama di penghujung perlawanan apabila Jerome Boateng dilayangkan kad kuning kedua. Biarpun beraksi dengan 10 orang pemain, Jerman tetap garang dan kerja keras mereka berhasil apabila Toni Kroos menjaringkan gol kemenangan dengan sepakan percuma yang cukup indah! Ini analisis perlawanan di antara Jerman dan Sweden.